Dimulakan seawal
Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland
pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 meter oleh peserta pada masa itu.
Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak
dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang
menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari
palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan
“duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.
Sekitar abad
ke-20, teknik ini telah dimodernkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s
Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bagian belakang mendatar semasa
melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya menciptakan teknik yang
bekersan dan menciptakan rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895. Gaya Timur ini
tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya
yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang
Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya
lompatan ini mendapat namanya hingga kini.
Seorang lagi warga
Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu
Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912
dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini
terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan
dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta
tanah air memahirinya.
Pelompat Amerika
dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat
yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari
segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya
lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17
orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14
orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.
Diantara semua
gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling
barat dan gaya kelana sajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi
seseorang peserta.
Terima Kasih atas Perhatiannnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar