Lompat galah dipercayai berasal dari benua eropah. Pada
waktu, galah digunakan untuk melepasi rintangan atau halangan semulajadi di
kawasan berpayaseperti di wilayah Friesland yang terletak di negara Belanda.
Kerja-kerja pengeringan dikawasan ini telah menghasilkan jaringan saluran atau
parit yang saling bersilang antarasatu sama lain. Disebabkan perkara ini,
masyarakat pada ketika itu menyimpan galah dirumah masing-masing bagi
mengelakkan daripada terkena air semasa menyeberangi parit. Selain itu, mereka
juga ingin mengelakkan daripada perjalanan yang membosankan di atas jambatan.
Gondola venetian atau pengayuh sampan di venice mengunakan galah untuk
mengerakkan sampan mereka dari tebing.
Pertandingan lompat galah pada mulanya diukur
berdasarkan jarak bukan ketinggian. Pertandingan ini diadakan secara tahunan di
kawasan tanah pamah sekitar lautan utara. Pertandingan lompat galah yang
mengambil kira ketinggian mula-mula diadakan pada tahun 1843 bertempat di club sepak bola dan kriket Ulverston,Cumbria. Pelompat galah pada masa ini mengunakan galah yang dibuat dari pada buluh yang mempunyai ujung yang tajam. Pertandingan ini
diadakan di kawasan berumput. Fasa menanam galah dan mendarat dilakukan diatas rumput. Hal ini kerana ketiadaan petak lonjak pada waktu ini. Pertandingan
lompat galah seperti yang terdapat pada zaman kini bermula pada 1850 di Jerman.
Hal ini terjadi berikutan acara ini telah diambil sebagai salah satu displin dalam
gimnastik oleh kelab gimnastik Turner yang dimiliki oleh Johann C. F. Guts Muthsdan
Frederich L. Jahn.Versi moden bagi sukan lompat galah mula-mula dipertandingkan
di AmerikaSyarikat pada hujung abad ke-19.
Semasa sukan Olimpik 1896, rekod bagi acara ini direkodkan ia itu, 3.2m. rekod ini dilakukan dengan
mengunakan galah yang di perbuat dari pada buluh. Disebabkan kemajuan manusia
dalam bidang sains, sukan ini telah mengalami inovasi dari segi pengunaan galah
dalam sukan. Kini galah yang digunakan diperbuat daripada gentian kaca atau
karbon. Pengunaan tilam juga digunakan bagi memastikan palang, selalunya secara 'paksaan' menyebabkan kedudukan
keseluruhan badannya menegak dengan kaki ke atas. Dalam kaedah kedua pula,
peserta melakukan pergerakan badannya bersama galah dan melepaskannya
dengankuat sebaik sahaja dirinya melepasi palang. Pergerakan peserta dalam kaedah
ini adalah lebih pantas, dan badannya melepasi palang pada kedudukan
hampir mendatar. Penggunaan galah jenis ini diteruskan hingga kini dengan pengubahsuaian
dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan galah terbaik bagi peserta
dalam acara ini. Ketinggian lompatan terus meningkat danmereka yang mengambil
bahagian dalam acara ini turut meningkat sehingga menjadikan acara lompat
bergalah sebagai acara olahraga yang menarik serta mendapat sambutan ramai,
walaupun sukar bagi sesetengah orangTerima kasih atas Perhatiannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar